Salam,
haa..nilah kerja org yang x cukup kerja hehhehe... Actually, bercuti ni kadang-kadang bosan juga ye? Asyik buat mende yang sama je...kemas, kemas makan masak etc... Sebab tu Allah x jadikan CikguRozila (CR) surirumah agaknya.
Bukan itu yang CR nak cerita. Disebabkan sentiasa ada masa extra [buat masa ni] CR pun gatal tangan mengerjakan T-shirt lama, T-shirt free hehehhe
haa, nilah lambangnya? Ada sape2 yang kenal? kalau sape2 kenal, T-shirt ni x best...
see through.. panas-panas ni, tak kuasa nak berinner bagai...

lalu setelah CR kerjakan, romponglah ia seperti ini. Kesian ko T-shirt:P

selepas, disambung dan ditokok tambah dengan polka dot fabric lalu, ting!!
jadilah seperti ini:

jadilah short untuk anak CR...

Ni pula, update selepas dipakai oleh Adam... Abaikan kulit dia yang ranggup tu ye.. heheheh
so,kalau ada t-shirt2 yang nak buang tu, korang trylah buat sluar macam ni. Kalau berimaginasi sikit, leh buat skirt too for your little daughter:) Korang ikut tutorial dari
Rookiemoms ni ye
till then:)